Masih Ramai

Ramai Yang Masih bernafas
diberikan kehidupan
diberikan pendengaran
diberikan penglihatan
diberikan segala deria

dan ramai juga yang sudah ditamatkan waktunya
amalannya terhenti kecuali tiga
ilmu yang bermanfaat
sedekah jariah
doa anak yang soleh

soalnya

bila tiba masa itu pada kita?

CinTa~

Ya ALLAH...
aku lihat
ada mereka yang sedang bergembira
bercanda mesra diatas nama cinta
bergelumang perasaan yang aku tidak pasti mana halanya

Ya ALLAH
aku dengar
pujukan rayu sang kekasih
kepada dia yang dikasihinya
dengan lembut nadanya
yang membuatkan aku mual mendengarnya
tetapi aku sering kali terdengarnya.

Ya ALLAH
perahu lusuh hatiku ini
belum disi dengan mana-mana cinta manusia
cinta manusia yang tidak halal sebelum sampai waktunya
aku mohon YA ALLAH
tetapkanlah Hatiku mencintaimu
menyayangimu
janganlah kau pesongkan hati ini walau sesaat
aku tidak mampu untuk mengayuh perahu lusuh hatiku ini
tanpa kudrat dan bantuanMU...

Ya ALLAH
Peliharalah dia yang mencintaimu
peliharalah dia yang mencintai mereka yang mencintaiMU
sampaikanlah kasih mereka kepadaku
biar aku dapat rasai bagaimana rasanya bercinta dengan MU sepenuh hati

sesungguhnya aku adalah hamba yang lemah
yang Engkau sudah ketahui sejak awal penciptaanku
maka
peliharalah aku dari cinta dunia ya ALLAH
agar hanya dapat ku semai cinta MU yang kian menyubur.

=(

kegiranganku

kalau mereka menangis kerana duka
tapi aku menangis kerana suka
kalau mereka ketawa kerana malang
tapi aku menangis kerana girang
rapatilah aku dengan kegirangan cinta MU yaALLAH
jangan kau dekatkan aku dengan kegirangan Cinta DUNIA...