KEAMPUNANMU


Maafkan daku Tuhan
sesekali hati dan debatku
mencabar arus minda insan
dan ada ketikanya hati dan
keazaman ini..
Merobek rasa suka dan membuah rasa duka
Kerana pengisian hati secalit cuma
Yang hanya tahu 'alif','baa' dan 'taa'

Maafkan daku Tuhan
Sesekali hati dan sujud ini
mambelah kiblat-Mu
Dengan nanar dan alpa tentang zat-Mu
Firasat ini bergelombang
Mencari hati dan diri yang
kadangkala hilang dalam sedar
Dan hanya sayang-Mu menginsafi diri ini
Dan nasihat ini buatku dekat pada-Mu

Maafkan daku Tuhan
Jika perjalanan singkat ini
Perahuku teroleng gelombang
Berulangkali terseret iman dan amal rapuh
Merempuh dan tergugat
Membuahkan titik-titik dosa hitam
Dan noda hanyir di lautan pahala

Maafkan daku Tuhan
Berkali-kali kesilapan ini dan itu ku ulangi
Namun,Engkau masih sudi menabur sayang
Dan rezeki yang tak berkurangan
Dan aku menjadi semakin kerdil
dalam kelahiran ini
Maafkan daku Tuhan...

0 comments:

Post a Comment