Lautan ILAHI

Menyelam dilautan ILAHI,

Kadang-kadang lemas,

Kadang-kadanag tenang

Timbul

Tenggelam

Tidak hanyut

Kaki tidak cecah rumput laut

Tangan tidak sampai tebing daratan

Terkapai-kapai mencari pautan

Tidak sedar sudah ada di hadapan mata

Haus,

Haus bertelagah dengan nasib

Kerana nasib tidak pernah wujud

Yang wujud hanyalah takdir

Takdir dari ILAHI

0 comments:

Post a Comment